
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk calon-calon SPM aliran sains, anda akan duduki Ujian Amali Sains (UAS) bagi peperiksaan SPM.
Seingat saya, antara UAS yang paling mudah ialah Ujian Amali Fizik.
Kalau Biologi, anda bermain dengan benda yang hidup seperti pokok. Katakan pokok anda merajuk pada hari eksperimen. Mesti anda tak akan memperoleh keputusan eksperimen.
Kalau Kimia pula, anda bermain dengan bahan-bahan kimia. Kalau anda tersilap campur bahan-bahan, keputusan eksperimen menjadi tak sepatutunya.
Cuma, saya rasa, Fizik paling mudah sebab anda hanya perlu mahir menggunakan radas-radas eksperimen.
Masalah yang saya hadapi sebelum menghadapi UAS ialah tak tahu teknik menjawab. Oleh sebab UAS menguji kemahiran teknikal, teknik-teknik menjawab sangatlah penting. Dahlah saya tak tahu soalan apa yang akan keluar.
Alhamdulillah, sebelum UAS, saya jumpa jalan penyelesaian bagi masalah pertama dan kedua. Ya, saya tahu soalan apa yang akan keluar. Tahu di sini bukanlah tahu 100 peratus tetapi lebih kurang 80 peratus.
Jadi, dalam post ini, saya ingin kongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya peroleh untuk menghadapi UAS bagi semua subjek.
1. Mengetahui teknik-teknik menjawab
Cikgu anda menjadi rujukan utama untuk belajar teknik-teknik menjawab. Anda juga boleh tanya mereka macam mana UAS dijalankan.
Teknik-teknik menjawab di sini maksudnya apa? Contohnya, soalan tanya, “Apakah hipotesis bagi eksperimen ini?” Mungkin jawapan anda betul tetapi cara anda menulis jawapan adalah salah.
Cuma, kadang-kadang, ada isu-isu yang boleh timbul:
- Cikgu terlepas pandang satu dua perkara penting.
- Anda ada soalan yang mungkin Cikgu anda tak dapat jawab.
Jadinya, saya recommend anda beli buku-buku teknik-teknik menjawab macam dekat bawah ini dari Shopee:

Untuk Fizik, saya terjumpa buku ini. Highly recommended. Bukan sahaja ia mudah difahami tapi penerangannya straightforward. Di dalam buku ini, ada penerangan cara melukis graf dan jadual. Model-model soalan pun ada.

Buku ini pulak, sama je macam buku di atas. Untuk Fizik jugak. Cumanya, lebih detail. Contohnya, dalam buku di atas, tak ada cara menggunakan radas tapi buku ini ada. Buku di atas dah memadai sebenarnya.


Untuk Kimia dan Biologi, saya tak jumpa buku-buku lain yang khusus menerangkan teknik-teknik menjawab selain yang ini. Jadinya, saya recommend anda belilah buku-buku ini.
2. Mengetahui soalan apa yang akan keluar
Kalau kita tahu soalan apa yang akan keluar, dapatlah kita hadapi UAS dengan lebih mudah. Tapi, macam saya kata, tahu di sini bukanlah 100 peratus tetapi lebih kurang 80 peratus.
Bagi saya, mudah je: Ramalan UAS adalah tepat. Dari segi topiknya dan soalannya.
Serius. Senior saya dan saya alami benda yang sama. Terpulanglah kepada anda untuk percaya atau tidak.
Untuk anda cari ramalan UAS, anda boleh je cari dekat TikTok atau YouTube. Cuma, cari beberapa hari sebelum UAS dijalankan. Bukan sebulan sebelum.
Ataupun, bila cikgu bawa anda ke makmal untuk lakukan eksperimen dekat-dekat nak UAS, berilah perhatian. Bukan sahaja terhadap topik atau soalan-soalan yang cikgu jangkakan akan keluar tapi cara melakukan eksperimen tersebut.
Setakat itu sahaja daripada saya. Kalau bermanfaat, bolehlah anda kongsi bersama kawan-kawan anda. Sekian.
Leave a Reply