• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Jepah

  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Archives for February 2025

Study Tips Subjek-Subjek Dini Tulen SPM (1)

February 28, 2025 by Jepah Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah anda seorang calon SPM yang mengambil subjek-subjek dini tulen dan anda menghadapi masalah dalam mengulangkaji subjek-subjek ini? Dahlah silibus baru. Teksnya dalam bahasa Arab. Sumber-sumber rujukan pun tak tahu nak cari dekat mana.

Jangan risau! Saya pun hadapi benda yang sama sebagai calon SPM yang mengambil subjek-subjek ini. For your information, saya merupakan calon aliran sains dini tulen. Saya mengambil subjek Al-Syariah, Usul Al-Din dan Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Muʻasirah.

Jadi, dalam post ini, saya akan berkongsi satu nasihat yang saya rasa mungkin berguna supaya anda boleh mengulangkaji subjek-subjek dini tulen dengan lebih mudah, InsyaAllah.

Bagi calon-calon yang mengambil dua lagi subjek dini tulen selain daripada di atas, tips yang khusus bagi subjek-subjek tersebut, saya tiadalah.

Post ini merupakan part one bagi siri ‘Study Tips Subjek-Subjek Dini Tulen’.


Mempunyai bahan pembelajaran yang cukup

Berdasarkan pengalaman saya, sebelum saya mengulangkaji apa-apa subjek, saya akan mengenal pasti bahan pembelajaran yang diperlukan.

Bahan pembelajaran yang saya maksudkan di sini bukan sahaja merangkumi buku teks, buku latihan dan nota sahaja tetapi boleh juga:

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
  • Format kertas peperiksaan SPM
  • Kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM tahun semasa atau lepas.

dan lain-lain.

“Seriuslah DSKP?”

“Kenapa nak cari kertas-kertas trial awal-awal?”

Baiklah. Di sini, saya akan berikan alasan mengapa saya sediakan bahan-bahan ini.

Buku teks

Tidak dinafikan bahawa buku teks ialah rujukan utama bagi subjek-subjek dini tulen termasuklah subjek-subjek lain. Ustazah yang mengajar saya Usul Al-Din pernah pesan,

“Kalau awak nak dapat A+, buku teks ialah rujukan utama.”

Saya setuju. Sebabnya, begini:

  1. Nota yang anda beli mungkin teksnya tidak seperti teks di dalam buku teks. Ini menjadi masalah besar kalau skema peperiksaan strict.
  2. Nota yang anda beli mungkin tidak include beberapa perkara penting.

Baik. Ada beberapa masalah yang boleh berlaku berkaitan buku teks.

  1. Buku penuh dengan contengan atau koyak.
  2. Buku hilang.
  3. Buku tidak dapat lagi.

Untuk masalah pertama dan kedua, anda boleh beli buku teks sekiranya mampu. InsyaAllah, dijamin berada dalam kondisi yang baik. Kalau tidak, boleh minta pada guru untuk menukar atau menggantikan buku yang hilang.

Untuk masalah ketiga, saya rasa ia mungkin tidak berlaku dah. Cuma, pada awalnya, semasa saya berada di tingkatan 4, calon-calon di sekolah saya tidak mendapat buku teks bagi subjek-subjek ini. Ia bukan sahaja berlaku di sekolah kami tetapi beberapa sekolah lain. Serius! Alhamdulillah, kami dapatlah kesemua buku teks semasa bulan Oktober.

“Eh, hujung tahun?” Ya.

Saya senaraikan apa yang anda boleh lakukan. Ini berdasarkan apa yang saya buatlah:

  1. Tentukan sama ada buku teks untuk tersebut telah dijual secara online seperti di Shopee atau lain-lain. Sekiranya ya, saya sarankan anda belilah. Jika tidak, move on to the next solution.
  2. Cari dan simpan softcopy buku teks dalam telefon, laptop atau komputer anda. Kemudian, print. Kalau tiada printer, boleh minta kawan untuk printkan.

“Alah, common sense je ni. Semua orang tahu.”

Mungkin. Tapi, berapa ramai yang ambil tindakan? Ada je yang tidak ambil peduli. Bila exam dah dekat, barulah gelabah. Ada juga yang tidak tahu apa yang perlu buat. Serius. Jadi, bagi sesiapa yang tidak tahu apa yang perlu buat, moga-moga cadangan saya di sini bermanfaat.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Bahagian ini mungkin tidak relevan pada suatu masa yang akan datang. Apatah lagi post saya ini.

Dengan adanya DSKP pada tangan anda, anda akan tahu apa yang ada perlu tahu. Anda boleh tahu lebih jelas apa yang anda akan belajar bagi suatu subjek. Dari awal sampai akhir. Jadinya, anda tak akan terlepas perkara-perkara penting. Jarang-jarang berlaku tetapi ada masa ustaz atau ustazah anda mungkin terlepas pandang satu dua perkara penting.

Contohnya, untuk Usul Al-Din, anda akan tahu takrif-takrif apa yang perlu dihafal untuk tauhid, asrar balaghiyah apa yang perlu dihafal bagi tafsir. Kenapa saya pilih asrar balaghiyah sebagai contoh di sini? Haha. Wallahu’alam. Saya tahu tetapi tidak hafal. Banyak kot benda lain nak kena hafal. Hurm.

Format kertas SPM

Anda tidaklah perlu sampai sediakan atau beli buku yang berjudul ‘Format kertas SPM’. Kalau anda cari, takde pun. Anda hanya perlu minta ustaz atau ustazah anda printkan atau anda cari di Internet dan print.

Lagipun, memandangkan dah ada kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM bagi subjek-subjek dini tulen, anda boleh rujuk sahaja kertas-kertas ini untuk mengetahui format kertas SPM. Boleh kata, bahagian ini mungkin tidak relevan pada masa hadapan. Bila silibus baru diperkenalkan, saya rasa ia relevan. Sebabnya, tiada lagi kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM sebagai rujukan.

Tapi, saya rasa inilah beberapa kebaikan ada format kertas SPM:

  1. Anda boleh tahu bahagian mana yang anda lemah dan kuat. Jadinya, anda boleh tumpukan bahagian yang lemah dengan memperbanyakkan latihan.
  2. Anda boleh tahu bahagian mana yang anda boleh korbankan. Contohnya, kalau Usul Al-Din, macam saya cakap, bahagian tafsir, untuk soalan asrar balaghiyah yang minta penerangan panjang, saya hentam je. Kecuali kalau dia minta tentukan sahaja.

Untuk yang kedua tu, janganlah jadi macam saya. Bahagian tu je saya korbankan. Yang lain, Alhamdulillah, boleh jawab dengan sebaiknya.

Kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM

Bagi saya, apa salahnya kalau anda sediakan kertas-kertas trial SPM dari awal supaya anda boleh askesnya dengan mudah bila anda memerlukannya. Sedia di sini bukan bermaksud anda cari softcopy, print dan simpan. Seolah-olah anda membina sendiri bank soalan. Tapi, simpan softcopy dalam telefon, laptop atau komputer anda. Bila anda perlukan, anda boleh print.

Namun, tak mengapa kalau anda tidak sediakan pun. Ustaz dan ustazah akan selalu sediakannya terutamanya bila peperiksaan SPM dah dekat.

Buku latihan

Memandangkan subjek-subjek dini tulen silibusnya baru sahaja dikemaskini tahun lepas, buku-buku latihan di pasaran terhad pada ketika itu. Jadi, saya hanya bergantung kepada latihan yang diberikan oleh ustazah-ustazah saya. Tapi, sekarang ada banyak. Boleh je cari dekat Shopee.


Mana nota? Mana nak cari sekian-sekian?

Untuk nota, saya rasa post ini sudah cukup panjang. Dalam post berikutnya, mungkin saya akan menceritakan pula tentang nota. Saya rasa alasan untuk adanya nota tidaklah terlalu penting sebab bagi saya, tips berkaitan dengan nota lebih penting.

Untuk cari sekian-sekian, inilah beberapa pautan dapat membantu sangat-sangat:

  1. SPM DINI AL-AZHAR
    Pautan ini akan membawa anda ke sebuah group Telegram. Di sini, anda boleh menanyakan soalan-soalan berkaitan. InsyaAllah, ada yang akan membantu.
  2. TRIAL SPM 2024 (DINI)
    Pautan ini pula membawa anda ke Google Drive. Di sini, ada koleksi soalan-soalan percubaan SPM bagi subjek-subjek dini tulen bagi tahun 2024.
  3. dini tulen stuff
    Pautan ini pula akan membawa anda sebuah channel Telegram. Ada banyak nota dalam channel ini.

Ada banyak lagi resources sebenarnya. InsyaAllah, kalau ada masa, saya akan kumpulkan hampir kesemuanya dan kongsikan di website ini.

Post seterusnya?

Nantikan. Anda berdoa je, ya!


Jika anda berjaya membaca post ini dari awal sehingga akhir, terima kasih kerana sudi membaca. Sekiranya bermanfaat, saya mohon anda doakan saya untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. Kalau ada kesilapan, mohon anda hubungi saya melalui pautan ini: Contact. Saya juga doakan kalian berjaya menempuh cabaran belajar subjek-subjek ini.

Filed Under: Uncategorized

Tips Belajar Memandu

February 27, 2025 by Jepah Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post ini merupakan post pertama saya di website ini. Jadinya, penulisan saya mungkin agak panjang atau terlalu formal. Saya tak tahu nak tulis apa lagi pasal SPM atau teknologi. Jadi, saya pilih untuk tulis tips belajar memandu berdasarkan pengalaman saya yang baru saja belajar memandu selepas habis SPM.

Post ini dikhaskan kepada para pembaca yang belum mengambil lesen memandu tetapi mempunyai keinginan yang tinggi. Di sini, saya tak akan menerangkan proses mendapatkan lesen memandu, ya. Boleh Google je.

Sekiranya ada suggestions, harap-harap anda boleh meninggalkan komen 🙂


1. Memilih sekolah memandu

Untuk anda mendapatkan lesen memandu, anda perlu mendaftarkan diri anda di mana-mana sekolah memandu. Bagi saya, ada beberapa petualah yang saya rasa amat berguna sebelum daftar di suatu sekolah memandu.

  1. Berdekatan dengan rumah anda.
  2. Mengambil masa yang singkat untuk ke sana.
  3. Sudah lama tertubuh.
  4. Mencatat rating yang tinggi.

Macam common sense je? Betul. Cuma, kadang-kadang, ada orang tinggal di suatu kawasan di mana ada banyak sekolah memandu. Ada sekolah memandu yang sibuk. Ada yang mencatat rating yang rendah. Jadi, saya rasa, faktor-faktor di atas boleh dipertimbangkan.

Alhamdulillah, sekolah saya berjarak 2 kilometer dari rumah saya. Dalam masa 5 minit, dah sampai sekolah untuk belajar. Sekolah saya juga beroperasi selama 25 tahun lebih dan mencatat rating yang cukup memuaskan di Google Maps iaitu sebanyak 4 bintang.


2. Memilih kereta automatik

“Molek lah. Lelaki kena pilih manual. Baru keren. Lelaki alpha sebenar.“

Saya juga terpengaruh dengan mindset ini dan saya ambil manual.

“Aik. You are contradicting yourself, then.“

Ya. Cuma, saya menulis post ini selepas saya belajar manual. Jadi, saya renung-renungkan pengalaman saya.

Beginilah. Bagi saya, ia tidaklah sukar dan cukup menyeronokkan. Sebabnya, anda bermain dengan clutch dan boleh drift besar nanti, kononnya.

Cuma, yang tak seronoknya bila kereta anda mati tengah jalan, anda gelabah, cikgu anda marah dan kereta belakang hon.

“Ini dapat menjadikan kita lebih kental besar nanti.“

Kental atau tak kental. Besar nanti, beli kereta auto juga. Ceh.

Bagi saya, mudah je: Kereta sekarang banyak auto. Jadi, pilihlah kereta auto. Lainlah kalau anda nak drift malam-malam, ambillah manual. Tiada masalah. Keputusan di tangan anda.

Also, kalau anda telah memilih untuk belajar kereta manual tetapi ingin kereta manual atau sebaliknya, boleh cuba minta tukar.

Cuma, buat pilihan selepas sesi belajar kali pertama. Kalau anda telah belajar selama beberapa hari dan ingin tukar, saya sarankan anda tidak. Kenapa anda perlu berpatah balik ke garisan permulaan? Teruskan jelah. Cuma, saya tak menghalang. Hanyalah pendapat saya.

3. Mendaftar di sekolah memandu

Saya sarankan, sejurus selepas anda habis paper terakhir, anda terus pergi ke sekolah memandu yang anda pilih dan daftarkan diri anda.

“Seriuslah? Baru je habis paper terakhir, takkan nak ambil lesen dah. Enjoylah dulu. Mangat betul.“

Boleh kata, saya pun cakap benda yang sama dekat Ayah saya. Dahlah dibantai dengan paper Bio. Saya kata saya nak enjoy tapi bukan melancong atau main game memanjang. Cuma, nak tidur seminggu dulu. Serius. Sebabnya, saya nak qada tidur saya selepas berhempas pulas study untuk hadapi SPM.

Tapi, bila saya fikirkan balik, ada logiknya. Di sini, saya akan beri dua senario.

Mengambil lesen semasa sambung belajar.

Kalau anda ambil lesen selepas anda ke matrikulasi atau asasi, bukankah ia akan mengganggu fikiran anda yang tengah belajar di sana?

Contohnya, jadual anda dahlah padat. Tambah pula dengan kerenah cikgu memandu anda yang mengajar sambalewa dan selalu memekik. Apatah lagi sekolah memandu anda yang jauh kerana kawasan rumah anda dan matrikulasi berbeza.

Kalau boleh, sewaktu anda belajar di sana, anda tidak ada komitmen lain seperti belajar memandu kecuali menumpukan pelajaran anda.

Mengambil lesen berdekatan dengan bulan puasa

Apabila bilangan tahun meningkat, mungkin bahagian ini tidak relevan. Tetapi, bagi tahun 2025, saya rasa ia cukup relevan.

Untuk tahun 2025, bulan Ramadan bermula pada awal bulan Mac manakala peperiksaan SPM berakhir pada awal bulan Februari.

Katakan anda mengambil lesen pada bulan puasa. Bukankah ia cukup menyeksakan? Anda perlu menahan lapar dan dahaga serta memberi perhatian kepada cikgu anda.

“Buatlah lepas puasa. Apa susah.”

Fine. Anda membuat keputusan untuk mengambil lesen selepas bulan puasa. Saya yakin, anda akan ambil bukan sejurus selepas habis bulan puasa tetapi sebulan selepas bulan puasa. Kenapa? Raya Aidilfitri. Mestilah ramai nak enjoy termasuklah cikgu memandu anda. Orang Melayu dahlah sambut raya, kalau boleh, sebulan. Apatah lagi raya selepas habis SPM. Best gile kot.

Namun, tiada siapa yang akan menghalang anda sama ada untuk mengambil lesen awal atau lambat. Macam saya kata, keputusan di tangan anda. Sama juga kalau anda ingin melewatkan beberapa hari selepas SPM. Itu pun dah cukup baik 🙂


4. Membawa baju sejuk

Sebelum anda menduduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen Learners Driving License (LDL) atau lesen L, anda perlu menghadiri suatu kursus di sekolah memandu iaitu kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01).

Saya terus teranglah dekat sini: bilik kursus tu sangat sejuk. Bukan sejuk tetapi sangat sejuk. Majoriti kawan-kawan saya pun kata benda yang sama.

Jadi, saya sarankan anda membawa baju sejuk atau sweater sebelum menghadiri kursus ini.

Sekiranya anda masih sejuk walaupun dah pakai baju sejuk, anda boleh meminta penceramah di depan untuk naikkan suhu aircond atau perlahankan aircond. Contohnya, macam ni:

“Tuan/ puan, boleh minta naikkan suhu/ perlahankan aircond?”

Simple. Cukup mudah. Tapi, hakikatnya tidak. Kenapa? Anda perlu sedikit konfiden. Yalah, siapa nak minta sambil berdiri terketar-ketir sebab kesejukan.

“Terima jelah hakikat. Tak payah nak tunjuk hero.“

Bagi saya, mudah je. Anda nak tahan sejuk sampai terketar-ketir dan tak dapat fokus apa yang diajar seolah-olah anda membuang masa selama beberapa jam dari pagi hingga petang, silakan. Tapi, kalau anda jadi hero, anda mungkin dapat reaksi macam:

“Fuh. Hebat kau ni. Syukurlah kau minta slowkan aircond.“

“Terima kasih lelaki yang tidak dikenali. Anda telah menyelamatkan saya daripada kesejukan melampau~”

Semua itu hanyalah imaginasi saya sahaja. Bukan reaksi sebenar. Hm.


4. Mengambil lesen L

Sekiranya anda berjaya menahan sejuk yang melampau di dalam bilik kursus, tahniah! Kalau anda berjaya menjadi hero, hats off to you!

Selepas anda menghadiri kursus ini, anda boleh menduduki ujian berkomputer di mana-mana cawangan MyEG yang berdekatan bagi mendapatkan lesen L.

Bagi saya, kalau nak lulus, kena studylah. Jadi, di sini, saya akan senaraikan beberapa tips untuk lulus ujian ini dan perkara yang perlu anda lakukan.

Tahu format

Ujian ini terdiri daripada 4 bahagian.

Bahagian 1

  • Bahagian 1 ialah ujian buta warna.
  • Anda tidak boleh melakukan kesalahan pada mana-mana soalan di bahagian ini.
  • Tidak sukar tetapi ada beberapa soalan yang boleh mengelirukan anda.

Bahagian 2, 3 dan 4

  • Bahagian 2,3 dan 4 ialah ujian teori memandu.
  • Anda perlu memperolah markah sebanyak 42 pada bahagian ini.
  • Bagi saya, bahagian paling sukar ialah bahagian 4. Anda akan ditanya tentang sistem KEJARA.

Teknik menjawab

Bahagian 1

Mudah sangat. Lainlah kalau anda buta warna. Cuma, bagi soalan yang mengelirukan, anda boleh jauhkan atau dekatkan kedudukan mata anda daripada skrin. InsyaAllah, nampak nombornya.

Bahagian 2, 3 dan 4

Ada 3 sumber rujukan untuk anda study sebelum menduduki ujian:

  • Buku teks
  • Buku soalan
  • Aplikasi
Buku teks

Kosnya percuma tetapi sorrylah, saya tak pernah buka kecuali bahagian sistem KEJARA. Disebabkan ada banyak kesalahan yang disenaraikan di bawah sistem KEJARA dan saya tidak menjumpai nota yang komprehensif, saya cetak bahagian ini dan hafal. Saya tidak sarankan anda gunakannya.

Buku soalan

Saya sarankan anda baca buku ini. Kosnya percuma. Macam mana nak dapatkan? Anda mesti minta daripada cikgu anda. Cuma, masalah yang timbul di sini ialah jawapan yang betul tidak dibulatkan tetapi anda perlu melihat back and forth soalan dan jawapan. Saya sarankan anda gunakannya.

Aplikasi

Apa benda tuh? App dalam phone anda tu. Saya recommend yang ini sangat-sangat. Memandangkan saya pengguna phone Android, saya syorkan app ini di Google Play Store. Anda boleh klik pada pautan ini untuk download app ini: KPP Test 2025 – KPP 01 JPJ

Bagi pengguna “ip”, anda boleh berikan suggestion app yang anda gunakan di bahagian komen di bawah.

Tidak dinafikan ada banyak lagi app tapi so far, it works well for me. Cuma, app ini ada iklan. Ada caranya untuk menghilangkan iklan secara percuma dan selamat. Di phone Android lah. Tapi, biarlah rahsia 🙂

Kelebihan app ini ialah jawapan yang betul bagi suatu soalan akan ditunjukkan sejurus selepas anda menjawabnya.

Saya sarankan anda jawab mengikut bahagian sebelum menjawab set-set soalan yang disediakan.

Tips tambahan

Soalan yang melibatkan keutamaan kenderaan

Untuk soalan ini, mudah gile je sebenarnye. Anda cuma perlu menentukan jalan utama. Kereta di bahagian utama akan selalu diberi keutamaan.

Soalan tetang sistem KEJARA

Sebelum ini, saya ada kata yang saya baca bahagian sistem KEJARA di dalam buku teks. Tetapi, anda boleh klik pada pautan ini untuk melihat nota bagi sistem KEJARA baru dan lama:

  • Sitem KEJARA baru: Sistem KEJARA Baharu
  • Sistem KEJARA lama: Sistem KEJARA Lama

Ada kalanya soalan yang ditanya berdasarkan sistem kejara baru dan lama.

Bagi menguasai bahagian ini, jawab soalan di bahagian ini berulang-ulang kali.

Perkara yang perlu dilakukan selepas lulus ujian

  1. Pergi ke kedai gambar untuk menyediakan beberapa keping gambar yang diperlukan untuk anda mengambil lesen L. Beritahu pada pekerja yang anda ingin gambar untuk mengambil lesen memandu.
  2. Sediakan salinan kad pengenalan anda untuk dibawa ke JPJ.
  3. Bawa salinan kad pengenalan, gambar, kad pengenalan dan duit ke JPJ untuk membuat lesen L.
  4. Saya syorkan anda buat lesen L sendiri daripada meminta cikgu anda. Sebabnya, penceramah saya kata, cikgu-cikgu akan mengumpul dulu permohonan untuk membuat lesen L daripada murid-muridnya. Bila dah banyak, barulah dia hantar ke JPJ.

5. Memakai pakaian sopan

Pakailah pakaian sopan iaitu memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Kalau boleh, bermula dari waktu anda daftar untuk belajar memandu sehinggalah anda mendapat lesen P. Cuma, yang pentingnya ialah bila anda belajar memandu dengan cikgu anda dan mengambil ujian JPJ.


Setakat itu sahajalah perkongsian saya. Mungkin agak panjang. Namun, sekiranya anda berjaya membacanya dari awal sehingga akhir, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca penulisan saya yang menyelitkan lawak-lawak hambar dan cukup formal ini. Sekian.

Filed Under: Uncategorized

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Satu Teknik Untuk Baca Buku Teks Supaya Cepat Faham
  • Apa Benda Nak Buat Lepas SPM?
  • 2 Tips Menghadapi UAS SPM
  • Study Tips Subjek-Subjek Dini Tulen SPM (1)
  • Tips Belajar Memandu

Archives

  • March 2025
  • February 2025

Categories

  • SPM
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · Revolution Pro on Genesis Framework · WordPress