• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Jepah

  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Archives for March 2025

Satu Teknik Untuk Baca Buku Teks Supaya Cepat Faham

March 24, 2025 by Jepah Leave a Comment

Pernah tak kau dengar cikgu-cikgu kau cakap benda ni:

“Awak kena baca buku teks. Pelajar-pelajar cemerlang akan jadikan buku teks sebagai rujukan utama. SPM pun tanya daripada buku teks. Bla bla bla…”

Pernah kan?

Cuba kau tanya balik cikgu-cikgu yang cakap tu:

“Macam mana nak baca buku teks supaya cepat faham, cikgu?”

Aku tak tahu apa akan jadi kalau tanya balik. Sebabnya, aku tak pernah tanya dekat cikgu aku.

Aku hanya tanya dekat diri aku sendiri:

“Macam mana ya nak baca buku teks? Mesti ada teknik yang senang. Cepat faham.”

Sendiri tanya, sendiri jawab. Aku pun carilah tekniknya. Soalan ni aku tanya waktu awal-awal form 3. Dekat beberapa minggu aku mencari.

Daripada banyak-banyak teknik, aku pilih satu je.

Aku namakan teknik ni sebagai belek-belek secara sistematik.

Hambar? Maybe.

Kalau nak tahu, aku dapat 11A dalam trial SPM. Salah satu sebab ialah aku gunakan teknik ni untuk baca buku teks.

Sekali lagi, trial SPM. Sebab, waktu aku tulis ni, result SPM tak keluar lagi.

Teknik ni bukaan rekaan aku. Teknik ni hasil pencarian aku dekat Google dengan YouTube. Aku hanya ubah sikit supaya sesuai guna untuk baca buku teks bagi calon SPM.

Konsep

Baiklah. Konsepnya mudah je:

Untuk kau baca buku teks, daripada kau pergi terus muka surat pertama dengan blur-blur apa nak belajar, better kau belek-belek dulu. Belek-belek dekat sini bukan random-random.

Tapi, belek-belek secara teratur.

Kenapa? Supaya kau ada gambaran yang jelas apa yang kau akan belajar.

Tak faham maksud aku? Analoginya macam ni:

Aku nak tengok anime. Kalau orang suggest apa-apa title, aku tengok dulu summary dengan review dia dekat MyAnimeList atau pun Reddit. Jadi, aku adalah gambaran cerita tu pasal apa. Tapi, aku tak go deep lah. Nanti anggap macam dah spoil dekat diri sendiri.

Macam tu jugak untuk buku teks. Kau kena ada gambaran apa yang kau akan belajar. Gambaran tu kena jelas. Jelas dekat sini maksudnya nama topik, subtopik, apa yang susah, apa yang senang dan lain-lain.

Bila kau dapat gambaran yang jelas, otak kau akan lebih bersedia untuk terima maklumat-maklumat baharu.

Langkah-langkah

Kira pergi pulak kepada langkah-langkah dia. Aku suggest ikutlah semuanya:

  1. Baca tajuk buku
  2. Baca panduan penggunaan buku
  3. Baca isi kandungan
  4. Baca sinopsis setiap bab
  5. Baca nota akhir bab
  6. Baca random-random
  7. Baca macam biasa

Ini pun aku ubah sikit langkah-langkah dia untuk sesuaikan dengan buku teks. Kalau nak ubah jugak, boleh je.

Sini, aku ambil buku teks sejarah tingkatan 4 sebagai contoh. Sebabnya, semua akan ambik subjek sejarah.

Aku baca tajuk dulu. Jelas lagi nyata, buku teks sejarah tingkatan 4.


Pernah nampak bahagian ni? Setiap buku teks ada benda-benda yang disenaraikan dekat sini. Ramai ingat tak penting. Tapi, macam yang kau nampak, ia dinamakan sebagai panduan penggunaan buku. Berdasarkan pengalaman aku, kau akan gunakan beberapa lah. Dalam subjek-subjek lain pun ada.

Nak tau penting macam mana? Dalam SPM 2025, untuk subjek kimia, ada soalan esei yang wajib jawab dengan markah terbesar. Bahagian KBAT lah.

Soalannya berdasarkan dua QR code tu je. Ya, cara buat sabun tu.


Aku baca isi kandungan. Dekat sinilah kau akan mula nampak apa yang kau akan belajar daripada nama topik dan subtopik. Seolah-olah, kau nampak flow atau pun plot.

Apa yang aku faham, aku akan belajar tentang semangat cinta negara, kronologi peperangan dunia serta pendudukan Jepun, penjajahan kuasa Barat dan penentangannya dalam usaha ke arah kemerdekaan serta peristiwa kemerdekaan.

Tak dinafikan aku boleh tulis detail sebab aku dah khatam buku ni. But, you get the idea.


Aku pun bacalah pulak muka depan setiap bab. Lagi jelas gambarannya. Ada banyak maklumat yang ada. Sinopsis, kronologi macam dekat bawah tu dengan inti pati pembelajaran atau lebih dikenali sebagai subtopik.


Then, aku baca nota akhir bab. Bahagian ni dah detail lah sikit.

Lepas tu, aku mula belek random-random. Tapi, ada muka surat, aku pause sekejap. Selalunya bahagian menariklah. Tak pun, aku tengok gambar-gambar yang ada. Aku buat ni untuk setiap bab.

Aku belek random-random tapi bukan saje-saje. Aku menghayati setiap belekan aku.

Lagi banyak kau buat macam ni, lagilah jelas gambaran.

Akhir sekali, barulah aku ambik nafas yang panjang sekejap dan mula tidur-

Silap. Mula baca dengan penuh semangat dan kefahaman.


Kompleks? Mungkin. Awal-awal, memang rasa susah. Kalau dah biasa, mudah je.

Begitulah konsep dengan caranya.

Tak semestinya bila kau guna teknik ni, setiap benda kau baca dengan sendiri akan automatik faham. Aku pun terpaksa tanya cikgu benda-benda aku confuse. Ada lagi faktor-faktor lain yang akan ganggu. Contohnya, asyik mengantuk time baca. Bukak je buku, mengantuk. Itu bukan masalah dari segi teknik tapi masalah psychology. Cewah. Bahasa orang putih.

Itu jelah untuk posting aku kali ni.

Filed Under: Uncategorized

Apa Benda Nak Buat Lepas SPM?

March 18, 2025 by Jepah Leave a Comment

Lama dah tak menulis.

Masuk je bulan Ramadan terus hilang motivasi. Bila nak tulis kenalah fikir apa nak ditulis. Fikir banyak-banyak jadi lapar.

Basically, ada satu soalan yang timbul dalam kepala aku habis SPM:

Apa benda nak buat lepas SPM?

Soalan ni, walaupun dah sebulan lebih habis SPM, masih terngiang-ngiang.

Awalnya, bila aku tanya kawan-kawan aku apa diorang buat, diorang jawab,

“Main ML atau PUBG”, “Binge-watching K-Drama”, “Layan anime-anime baru”. Atau pun, “Tolong mak ayah meniaga atau bertani”, “Kerja dekat mall atau kedai gunting rambut”.

Itu idea diorang lah. Habis je SPM, aku barulah fikir apa nak buat.

Jadinya, aku nak ceritalah pasal apa yang aku buat selepas SPM.


1. Daftar dekat sekolah memandu

Sejurus lepas habis aku jawab paper Bio, Ayah aku bawak aku pergi ke sekolah memandu. Serius.

Aku termenung. Tak sempat pun aku nak tidur seminggu. Itu yang aku decide nak buat first sekali.

Aku pun fikirlah kenapalah semangat sangat Ayah aku. Orang lain dah start enjoy. Aku? Terpaksalah kena study untuk ujian berkomputer sebab Ayah aku suruh aku jawab secepat yang mungkin.

Alhamdulillah, aku dapat lesen P kelas D dalam masa 45 hari lepas SPM.

Bagi aku, ni dah cukup cepat tapi bukan paling cepat. Senang je cara aku nak tahu cepat atau tak:

  1. Aku tengok berapa hari aku ambil untuk dapatkan lesen P lepas habis SPM. Makin singkat tempoh, makin baik.
  2. Aku tengok sama ada majoriti kawan-kawan aku dah dapat ke belum. Makin sikit, makin baik.

Bila dah dapat lesen P, barulah aku faham decision Ayah aku supaya belajar memandu awal-awal.

Dalam post ni, aku cerita beginning dengan ending je. Aku ada cerita lebih detail dalam post lain. Boleh tekan link ni: Tips Belajar Memandu


2. Buka akaun bank dengan buat kad debit

Setahu aku, kalau nak buat akaun bank dengan kad debit atas nama sendiri, kena umur 18 tahun dulu.

Jadinya, dalam masa 15 hari lepas SPM, Ayah aku ajaklah pergi bank untuk try buat akaun bank dengan kad debit walaupun umur aku 17 tahun atas IC. Dia suggest aku pilih bank Muamalat. Sebabnya:

  1. Bank Mualamat dekat dengan rumah aku. Mudahlah kalau aku nak selesai apa-apa masalah dengan kad aku.
  2. Bank Mualamat patuh syariah. Aku orang Islam.

Cuma, ada benda yang aku baru tahu bila tengah buat akaun bank dengan kad debit:

  1. Umur 18 tahun bukan bermakna berumur 18 tahun atas IC tapi mengikut tahun. Analoginya macam korang dekat sekolah. Bila dah tingkatan 5, ada ke yang panggil korang tingkatan 4 sedangkan birthday pun belum?
  2. Walaupun boleh buka akaun bank atas nama sendiri tapi aku tak boleh guna online banking. Maksudnya, kalau aku nak transfer duit online, tak boleh. Untuk yang ni, aku kena tunggu birthday aku dulu untuk activate.

Cuma, aku tak tahulah macam mana dengan bank lain. Your experience may differ than me. Bagi yang Islam, kalau nak buat dengan bank lain, buatlah. Asalkan bank patuh syariah. Tak perlu nak risau. Hampir semua bank patuh syariah. Even Hong Leong Islamic Bank pun ada.

Cakap pasal bank lain, awal-awalnya, aku confuse nak pilih bank mana. Aku ingat pilihan bank pertama penting bila nak buat akaun bank dengan kad debit. Hakikatnya, tak.

Ayah aku bagilah analogi macam ni: Buat akaun bank dengan kad debit beza dengan kahwin.

Kalau nak kahwin, pilihan pertama itu penting. Sebabnya, kalau nak kahwin lebih, faham-faham jelah betapa susahnya.

Kalau nak buat akaun bank dengan kad debit, pilihan pertama tak penting. Andaikan kau nak buat dengan bank lain pulak, tak ada masalah.

Begitulah…


3. Jadi suri rumah

Aside from belajar memandu pagi-pagi, aku jadi suri rumah secara sukarela. Mak dengan ayah aku tak paksa aku pun.

Pada mulanya, aku identify dulu benda-benda yang aku “wajib” dengan “sunat” buat. Mudah je. Aku tanya diri aku:

Mak bebel tak kalau tak buat ni?

Kalau dia confirm bebel, benda tu “wajib” lah. Contohnya, basuh baju. Kalau dia bebel sikit-sikit, aku anggap “sunat” lah. Contohnya, simpan pinggan dalam kabinet.

Untuk benda yang aku buat, tak banyak mana pun. Boleh tengok screenshot untuk list apa yang aku buat dekat bawah ni:

Tapi, walaupun aku jadi suri rumah yang ikhlas, ada ganjarannya. Alhamdulillah. Mak aku setuju bayar aku RM500 sebulan. Mak aku kata yang dia bayar aku supaya aku jadi lebih motivated. Hehe.

Tapi, aku buat ni atas satu sebab je: Aku nak, at least, berbakti dekat mak ayah aku sebelum aku sambung belajar.


Setakat itu jelah untuk post ni. Tak dinafikan, ada banyak lagi benda lain aku buat. Benda-benda exciting sikit. Takdelah hambar sangat hidup aku buat setakat 3 benda je.

Aku layan jugak anime macam Solo Leveling season 2, Orb: On the Movements of the Earth dengan Dr. Stone season 4. Banyaklah lagi.

Aku trylah jugak main ML as a first-timer dengan Badang as main hero. Tak banyak mana pun main. Paling-paling pun 2 kali sehari dalam masa 2 minggu.

Apa-apa pun, kalau rasa post ini bermanfaat, bolehlah share dekat member-member korang.

Filed Under: SPM

2 Tips Menghadapi UAS SPM

March 2, 2025 by Jepah Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk calon-calon SPM aliran sains, anda akan duduki Ujian Amali Sains (UAS) bagi peperiksaan SPM.

Seingat saya, antara UAS yang paling mudah ialah Ujian Amali Fizik.

Kalau Biologi, anda bermain dengan benda yang hidup seperti pokok. Katakan pokok anda merajuk pada hari eksperimen. Mesti anda tak akan memperoleh keputusan eksperimen.

Kalau Kimia pula, anda bermain dengan bahan-bahan kimia. Kalau anda tersilap campur bahan-bahan, keputusan eksperimen menjadi tak sepatutunya.

Cuma, saya rasa, Fizik paling mudah sebab anda hanya perlu mahir menggunakan radas-radas eksperimen.

Masalah yang saya hadapi sebelum menghadapi UAS ialah tak tahu teknik menjawab. Oleh sebab UAS menguji kemahiran teknikal, teknik-teknik menjawab sangatlah penting. Dahlah saya tak tahu soalan apa yang akan keluar.

Alhamdulillah, sebelum UAS, saya jumpa jalan penyelesaian bagi masalah pertama dan kedua. Ya, saya tahu soalan apa yang akan keluar. Tahu di sini bukanlah tahu 100 peratus tetapi lebih kurang 80 peratus.

Jadi, dalam post ini, saya ingin kongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya peroleh untuk menghadapi UAS bagi semua subjek.


1. Mengetahui teknik-teknik menjawab

Cikgu anda menjadi rujukan utama untuk belajar teknik-teknik menjawab. Anda juga boleh tanya mereka macam mana UAS dijalankan.

Teknik-teknik menjawab di sini maksudnya apa? Contohnya, soalan tanya, “Apakah hipotesis bagi eksperimen ini?” Mungkin jawapan anda betul tetapi cara anda menulis jawapan adalah salah.

Cuma, kadang-kadang, ada isu-isu yang boleh timbul:

  1. Cikgu terlepas pandang satu dua perkara penting.
  2. Anda ada soalan yang mungkin Cikgu anda tak dapat jawab.

Jadinya, saya recommend anda beli buku-buku teknik-teknik menjawab macam dekat bawah ini dari Shopee:

Teknik Skor Fullmarks Ujian Amali Fizik Kertas 3 SPM KSSM (DwiBahasa) Tingkatan 4 & Tingkatan 5 EZ Physics

Untuk Fizik, saya terjumpa buku ini. Highly recommended. Bukan sahaja ia mudah difahami tapi penerangannya straightforward. Di dalam buku ini, ada penerangan cara melukis graf dan jadual. Model-model soalan pun ada.

UJIAN AMALI SPM KERTAS 3 – FIZIK/BIOLOGI/KIMIA(DWI)& SPM SBP & PANDUAN UJIAN AMALI SPM – PAN ASIA & MAHIR

Buku ini pulak, sama je macam buku di atas. Untuk Fizik jugak. Cumanya, lebih detail. Contohnya, dalam buku di atas, tak ada cara menggunakan radas tapi buku ini ada. Buku di atas dah memadai sebenarnya.

UJIAN AMALI SPM KERTAS 3 – FIZIK/BIOLOGI/KIMIA(DWI)& SPM SBP & PANDUAN UJIAN AMALI SPM – PAN ASIA & MAHIR

Untuk Kimia dan Biologi, saya tak jumpa buku-buku lain yang khusus menerangkan teknik-teknik menjawab selain yang ini. Jadinya, saya recommend anda belilah buku-buku ini.


2. Mengetahui soalan apa yang akan keluar

Kalau kita tahu soalan apa yang akan keluar, dapatlah kita hadapi UAS dengan lebih mudah. Tapi, macam saya kata, tahu di sini bukanlah 100 peratus tetapi lebih kurang 80 peratus.

Bagi saya, mudah je: Ramalan UAS adalah tepat. Dari segi topiknya dan soalannya.

Serius. Senior saya dan saya alami benda yang sama. Terpulanglah kepada anda untuk percaya atau tidak.

Untuk anda cari ramalan UAS, anda boleh je cari dekat TikTok atau YouTube. Cuma, cari beberapa hari sebelum UAS dijalankan. Bukan sebulan sebelum.

Ataupun, bila cikgu bawa anda ke makmal untuk lakukan eksperimen dekat-dekat nak UAS, berilah perhatian. Bukan sahaja terhadap topik atau soalan-soalan yang cikgu jangkakan akan keluar tapi cara melakukan eksperimen tersebut.


Setakat itu sahaja daripada saya. Kalau bermanfaat, bolehlah anda kongsi bersama kawan-kawan anda. Sekian.

Filed Under: Uncategorized

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Satu Teknik Untuk Baca Buku Teks Supaya Cepat Faham
  • Apa Benda Nak Buat Lepas SPM?
  • 2 Tips Menghadapi UAS SPM
  • Study Tips Subjek-Subjek Dini Tulen SPM (1)
  • Tips Belajar Memandu

Archives

  • March 2025
  • February 2025

Categories

  • SPM
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · Revolution Pro on Genesis Framework · WordPress