• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Jepah

  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Apa Benda Nak Buat Lepas SPM?

March 18, 2025 by Jepah Leave a Comment

Lama dah tak menulis.

Masuk je bulan Ramadan terus hilang motivasi. Bila nak tulis kenalah fikir apa nak ditulis. Fikir banyak-banyak jadi lapar.

Basically, ada satu soalan yang timbul dalam kepala aku habis SPM:

Apa benda nak buat lepas SPM?

Soalan ni, walaupun dah sebulan lebih habis SPM, masih terngiang-ngiang.

Awalnya, bila aku tanya kawan-kawan aku apa diorang buat, diorang jawab,

“Main ML atau PUBG”, “Binge-watching K-Drama”, “Layan anime-anime baru”. Atau pun, “Tolong mak ayah meniaga atau bertani”, “Kerja dekat mall atau kedai gunting rambut”.

Itu idea diorang lah. Habis je SPM, aku barulah fikir apa nak buat.

Jadinya, aku nak ceritalah pasal apa yang aku buat selepas SPM.


1. Daftar dekat sekolah memandu

Sejurus lepas habis aku jawab paper Bio, Ayah aku bawak aku pergi ke sekolah memandu. Serius.

Aku termenung. Tak sempat pun aku nak tidur seminggu. Itu yang aku decide nak buat first sekali.

Aku pun fikirlah kenapalah semangat sangat Ayah aku. Orang lain dah start enjoy. Aku? Terpaksalah kena study untuk ujian berkomputer sebab Ayah aku suruh aku jawab secepat yang mungkin.

Alhamdulillah, aku dapat lesen P kelas D dalam masa 45 hari lepas SPM.

Bagi aku, ni dah cukup cepat tapi bukan paling cepat. Senang je cara aku nak tahu cepat atau tak:

  1. Aku tengok berapa hari aku ambil untuk dapatkan lesen P lepas habis SPM. Makin singkat tempoh, makin baik.
  2. Aku tengok sama ada majoriti kawan-kawan aku dah dapat ke belum. Makin sikit, makin baik.

Bila dah dapat lesen P, barulah aku faham decision Ayah aku supaya belajar memandu awal-awal.

Dalam post ni, aku cerita beginning dengan ending je. Aku ada cerita lebih detail dalam post lain. Boleh tekan link ni: Tips Belajar Memandu


2. Buka akaun bank dengan buat kad debit

Setahu aku, kalau nak buat akaun bank dengan kad debit atas nama sendiri, kena umur 18 tahun dulu.

Jadinya, dalam masa 15 hari lepas SPM, Ayah aku ajaklah pergi bank untuk try buat akaun bank dengan kad debit walaupun umur aku 17 tahun atas IC. Dia suggest aku pilih bank Muamalat. Sebabnya:

  1. Bank Mualamat dekat dengan rumah aku. Mudahlah kalau aku nak selesai apa-apa masalah dengan kad aku.
  2. Bank Mualamat patuh syariah. Aku orang Islam.

Cuma, ada benda yang aku baru tahu bila tengah buat akaun bank dengan kad debit:

  1. Umur 18 tahun bukan bermakna berumur 18 tahun atas IC tapi mengikut tahun. Analoginya macam korang dekat sekolah. Bila dah tingkatan 5, ada ke yang panggil korang tingkatan 4 sedangkan birthday pun belum?
  2. Walaupun boleh buka akaun bank atas nama sendiri tapi aku tak boleh guna online banking. Maksudnya, kalau aku nak transfer duit online, tak boleh. Untuk yang ni, aku kena tunggu birthday aku dulu untuk activate.

Cuma, aku tak tahulah macam mana dengan bank lain. Your experience may differ than me. Bagi yang Islam, kalau nak buat dengan bank lain, buatlah. Asalkan bank patuh syariah. Tak perlu nak risau. Hampir semua bank patuh syariah. Even Hong Leong Islamic Bank pun ada.

Cakap pasal bank lain, awal-awalnya, aku confuse nak pilih bank mana. Aku ingat pilihan bank pertama penting bila nak buat akaun bank dengan kad debit. Hakikatnya, tak.

Ayah aku bagilah analogi macam ni: Buat akaun bank dengan kad debit beza dengan kahwin.

Kalau nak kahwin, pilihan pertama itu penting. Sebabnya, kalau nak kahwin lebih, faham-faham jelah betapa susahnya.

Kalau nak buat akaun bank dengan kad debit, pilihan pertama tak penting. Andaikan kau nak buat dengan bank lain pulak, tak ada masalah.

Begitulah…


3. Jadi suri rumah

Aside from belajar memandu pagi-pagi, aku jadi suri rumah secara sukarela. Mak dengan ayah aku tak paksa aku pun.

Pada mulanya, aku identify dulu benda-benda yang aku “wajib” dengan “sunat” buat. Mudah je. Aku tanya diri aku:

Mak bebel tak kalau tak buat ni?

Kalau dia confirm bebel, benda tu “wajib” lah. Contohnya, basuh baju. Kalau dia bebel sikit-sikit, aku anggap “sunat” lah. Contohnya, simpan pinggan dalam kabinet.

Untuk benda yang aku buat, tak banyak mana pun. Boleh tengok screenshot untuk list apa yang aku buat dekat bawah ni:

Tapi, walaupun aku jadi suri rumah yang ikhlas, ada ganjarannya. Alhamdulillah. Mak aku setuju bayar aku RM500 sebulan. Mak aku kata yang dia bayar aku supaya aku jadi lebih motivated. Hehe.

Tapi, aku buat ni atas satu sebab je: Aku nak, at least, berbakti dekat mak ayah aku sebelum aku sambung belajar.


Setakat itu jelah untuk post ni. Tak dinafikan, ada banyak lagi benda lain aku buat. Benda-benda exciting sikit. Takdelah hambar sangat hidup aku buat setakat 3 benda je.

Aku layan jugak anime macam Solo Leveling season 2, Orb: On the Movements of the Earth dengan Dr. Stone season 4. Banyaklah lagi.

Aku trylah jugak main ML as a first-timer dengan Badang as main hero. Tak banyak mana pun main. Paling-paling pun 2 kali sehari dalam masa 2 minggu.

Apa-apa pun, kalau rasa post ini bermanfaat, bolehlah share dekat member-member korang.

Filed Under: SPM

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Satu Teknik Untuk Baca Buku Teks Supaya Cepat Faham
  • Apa Benda Nak Buat Lepas SPM?
  • 2 Tips Menghadapi UAS SPM
  • Study Tips Subjek-Subjek Dini Tulen SPM (1)
  • Tips Belajar Memandu

Archives

  • March 2025
  • February 2025

Categories

  • SPM
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · Revolution Pro on Genesis Framework · WordPress