Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adakah anda seorang calon SPM yang mengambil subjek-subjek dini tulen dan anda menghadapi masalah dalam mengulangkaji subjek-subjek ini? Dahlah silibus baru. Teksnya dalam bahasa Arab. Sumber-sumber rujukan pun tak tahu nak cari dekat mana.
Jangan risau! Saya pun hadapi benda yang sama sebagai calon SPM yang mengambil subjek-subjek ini. For your information, saya merupakan calon aliran sains dini tulen. Saya mengambil subjek Al-Syariah, Usul Al-Din dan Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Muʻasirah.
Jadi, dalam post ini, saya akan berkongsi satu nasihat yang saya rasa mungkin berguna supaya anda boleh mengulangkaji subjek-subjek dini tulen dengan lebih mudah, InsyaAllah.
Bagi calon-calon yang mengambil dua lagi subjek dini tulen selain daripada di atas, tips yang khusus bagi subjek-subjek tersebut, saya tiadalah.
Post ini merupakan part one bagi siri ‘Study Tips Subjek-Subjek Dini Tulen’.
Mempunyai bahan pembelajaran yang cukup
Berdasarkan pengalaman saya, sebelum saya mengulangkaji apa-apa subjek, saya akan mengenal pasti bahan pembelajaran yang diperlukan.
Bahan pembelajaran yang saya maksudkan di sini bukan sahaja merangkumi buku teks, buku latihan dan nota sahaja tetapi boleh juga:
- Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
- Format kertas peperiksaan SPM
- Kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM tahun semasa atau lepas.
dan lain-lain.
“Seriuslah DSKP?”
“Kenapa nak cari kertas-kertas trial awal-awal?”
Baiklah. Di sini, saya akan berikan alasan mengapa saya sediakan bahan-bahan ini.
Buku teks
Tidak dinafikan bahawa buku teks ialah rujukan utama bagi subjek-subjek dini tulen termasuklah subjek-subjek lain. Ustazah yang mengajar saya Usul Al-Din pernah pesan,
“Kalau awak nak dapat A+, buku teks ialah rujukan utama.”
Saya setuju. Sebabnya, begini:
- Nota yang anda beli mungkin teksnya tidak seperti teks di dalam buku teks. Ini menjadi masalah besar kalau skema peperiksaan strict.
- Nota yang anda beli mungkin tidak include beberapa perkara penting.
Baik. Ada beberapa masalah yang boleh berlaku berkaitan buku teks.
- Buku penuh dengan contengan atau koyak.
- Buku hilang.
- Buku tidak dapat lagi.
Untuk masalah pertama dan kedua, anda boleh beli buku teks sekiranya mampu. InsyaAllah, dijamin berada dalam kondisi yang baik. Kalau tidak, boleh minta pada guru untuk menukar atau menggantikan buku yang hilang.
Untuk masalah ketiga, saya rasa ia mungkin tidak berlaku dah. Cuma, pada awalnya, semasa saya berada di tingkatan 4, calon-calon di sekolah saya tidak mendapat buku teks bagi subjek-subjek ini. Ia bukan sahaja berlaku di sekolah kami tetapi beberapa sekolah lain. Serius! Alhamdulillah, kami dapatlah kesemua buku teks semasa bulan Oktober.
“Eh, hujung tahun?” Ya.
Saya senaraikan apa yang anda boleh lakukan. Ini berdasarkan apa yang saya buatlah:
- Tentukan sama ada buku teks untuk tersebut telah dijual secara online seperti di Shopee atau lain-lain. Sekiranya ya, saya sarankan anda belilah. Jika tidak, move on to the next solution.
- Cari dan simpan softcopy buku teks dalam telefon, laptop atau komputer anda. Kemudian, print. Kalau tiada printer, boleh minta kawan untuk printkan.
“Alah, common sense je ni. Semua orang tahu.”
Mungkin. Tapi, berapa ramai yang ambil tindakan? Ada je yang tidak ambil peduli. Bila exam dah dekat, barulah gelabah. Ada juga yang tidak tahu apa yang perlu buat. Serius. Jadi, bagi sesiapa yang tidak tahu apa yang perlu buat, moga-moga cadangan saya di sini bermanfaat.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahagian ini mungkin tidak relevan pada suatu masa yang akan datang. Apatah lagi post saya ini.
Dengan adanya DSKP pada tangan anda, anda akan tahu apa yang ada perlu tahu. Anda boleh tahu lebih jelas apa yang anda akan belajar bagi suatu subjek. Dari awal sampai akhir. Jadinya, anda tak akan terlepas perkara-perkara penting. Jarang-jarang berlaku tetapi ada masa ustaz atau ustazah anda mungkin terlepas pandang satu dua perkara penting.
Contohnya, untuk Usul Al-Din, anda akan tahu takrif-takrif apa yang perlu dihafal untuk tauhid, asrar balaghiyah apa yang perlu dihafal bagi tafsir. Kenapa saya pilih asrar balaghiyah sebagai contoh di sini? Haha. Wallahu’alam. Saya tahu tetapi tidak hafal. Banyak kot benda lain nak kena hafal. Hurm.
Format kertas SPM
Anda tidaklah perlu sampai sediakan atau beli buku yang berjudul ‘Format kertas SPM’. Kalau anda cari, takde pun. Anda hanya perlu minta ustaz atau ustazah anda printkan atau anda cari di Internet dan print.
Lagipun, memandangkan dah ada kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM bagi subjek-subjek dini tulen, anda boleh rujuk sahaja kertas-kertas ini untuk mengetahui format kertas SPM. Boleh kata, bahagian ini mungkin tidak relevan pada masa hadapan. Bila silibus baru diperkenalkan, saya rasa ia relevan. Sebabnya, tiada lagi kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM sebagai rujukan.
Tapi, saya rasa inilah beberapa kebaikan ada format kertas SPM:
- Anda boleh tahu bahagian mana yang anda lemah dan kuat. Jadinya, anda boleh tumpukan bahagian yang lemah dengan memperbanyakkan latihan.
- Anda boleh tahu bahagian mana yang anda boleh korbankan. Contohnya, kalau Usul Al-Din, macam saya cakap, bahagian tafsir, untuk soalan asrar balaghiyah yang minta penerangan panjang, saya hentam je. Kecuali kalau dia minta tentukan sahaja.
Untuk yang kedua tu, janganlah jadi macam saya. Bahagian tu je saya korbankan. Yang lain, Alhamdulillah, boleh jawab dengan sebaiknya.
Kertas-kertas peperiksaan percubaan SPM
Bagi saya, apa salahnya kalau anda sediakan kertas-kertas trial SPM dari awal supaya anda boleh askesnya dengan mudah bila anda memerlukannya. Sedia di sini bukan bermaksud anda cari softcopy, print dan simpan. Seolah-olah anda membina sendiri bank soalan. Tapi, simpan softcopy dalam telefon, laptop atau komputer anda. Bila anda perlukan, anda boleh print.
Namun, tak mengapa kalau anda tidak sediakan pun. Ustaz dan ustazah akan selalu sediakannya terutamanya bila peperiksaan SPM dah dekat.
Buku latihan
Memandangkan subjek-subjek dini tulen silibusnya baru sahaja dikemaskini tahun lepas, buku-buku latihan di pasaran terhad pada ketika itu. Jadi, saya hanya bergantung kepada latihan yang diberikan oleh ustazah-ustazah saya. Tapi, sekarang ada banyak. Boleh je cari dekat Shopee.
Mana nota? Mana nak cari sekian-sekian?
Untuk nota, saya rasa post ini sudah cukup panjang. Dalam post berikutnya, mungkin saya akan menceritakan pula tentang nota. Saya rasa alasan untuk adanya nota tidaklah terlalu penting sebab bagi saya, tips berkaitan dengan nota lebih penting.
Untuk cari sekian-sekian, inilah beberapa pautan dapat membantu sangat-sangat:
- SPM DINI AL-AZHAR
Pautan ini akan membawa anda ke sebuah group Telegram. Di sini, anda boleh menanyakan soalan-soalan berkaitan. InsyaAllah, ada yang akan membantu. - TRIAL SPM 2024 (DINI)
Pautan ini pula membawa anda ke Google Drive. Di sini, ada koleksi soalan-soalan percubaan SPM bagi subjek-subjek dini tulen bagi tahun 2024. - dini tulen stuff
Pautan ini pula akan membawa anda sebuah channel Telegram. Ada banyak nota dalam channel ini.
Ada banyak lagi resources sebenarnya. InsyaAllah, kalau ada masa, saya akan kumpulkan hampir kesemuanya dan kongsikan di website ini.
Post seterusnya?
Nantikan. Anda berdoa je, ya!
Jika anda berjaya membaca post ini dari awal sehingga akhir, terima kasih kerana sudi membaca. Sekiranya bermanfaat, saya mohon anda doakan saya untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. Kalau ada kesilapan, mohon anda hubungi saya melalui pautan ini: Contact. Saya juga doakan kalian berjaya menempuh cabaran belajar subjek-subjek ini.
Leave a Reply